nsalbidal

nsalbidal
kami di sini

Nikah Kahwin

Rukun nikah

§                     Pengantin lelaki
§                     Pengantin perempuan
§                     Wali
§                     Dua orang saksi
§                     Ijab dan kabul (akad nikah)

 

Syarat bakal suami

§                     Islam
§                     Lelaki yang tertentu
§                     Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
§                     Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
§                     Bukan dalam ihram haji atau umrah
§                     Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
§                     Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
§                     Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

 

Syarat bakal isteri

§                     Islam
§                     Perempuan yang tertentu
§                     Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
§                     Bukan seorang khunsa
§                     Bukan dalam ihram haji atau umrah
§                     Tidak dalam idah
§                     Bukan isteri orang

 

Syarat wali

§                     Islam, bukan kafir dan murtad
§                     Lelaki dan bukannya perempuan
§                     Baligh
§                     Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
§                     Bukan dalam ihram haji atau umrah
§                     Tidak fasik
§                     Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
§                     Merdeka
§                     Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Sebaiknya bakal isteri perlulah menyetujui perkahwinannya dengan bakal suami agar tidak timbul sebarang masalah selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri.Ini juga bertujuan untuk menjaga hak asasi kaum wanita itu sendiri.Sebab itu juga,sebelum akad nikah(lafaz ijab qabul berlangsung antara Wali/wakil Wali).Wali/wakil Wali perlu mendapatkan pengesahan/kepastian sebenar dari bakal isteri/wanita yang hendak dikahwinkan tentang status kerelaannya untuk disatukan.

 

Jenis-jenis wali

§                     Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
§                     Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
§                     Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
§                     Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

 

Syarat-syarat saksi

§                     Sekurang-kurangya dua orang
§                     Islam
§                     Berakal
§                     Baligh
§                     Lelaki
§                     Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
§                     Boleh mendengar, melihat dan bercakap
§                     Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
§                     Merdeka

 

Syarat ijab

§                     Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
§                     Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
§                     Diucapkan oleh wali atau wakilnya
§                     Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
§                     Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

 

Syarat qabul

§                     Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
§                     Tiada perkataan sindiran
§                     Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
§                     Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
§                     Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
§                     Menyebut nama bakal isteri
§                     Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebuatan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz"Sah" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.

Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin

Sejurus itu,mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagian suami isteri.Aktiviti ini diteruskan dengan suami mengucup/mencium isteri.Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk".Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.

Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung.Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir.Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

 

Wakil Wali/ Qadi


Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

 

Jenis mahar

§                     Mahar misil : mahar yang dinilai berdasarkan mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
§                     Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.

koleksi matt rahman

Memilih Calon

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

 

Ciri-ciri bakal suami

§                     beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
§                     bertanggungjawab terhadap semua benda
§                     memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
§                     berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
§                     tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
§                     rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk    kebahagiaan keluarga.


Ciri-ciri bakal isteri

§                     beriman & solehah
§                     rupa paras yang cantik dan elok
§                     memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
§                     menentukan mas kahwin yang rendah
§                     wanita yang subur
§                     masih dara
§                     berasal dari keturunan yang baik
§                     bukan keturunan terdekat
§                     tidak memandang harta semata-mata

HADITH PERKAHWINAN

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". 

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 

"Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir." (riwayat Bukhari & Muslim) 

"Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya. 

"Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah) 

hiasan luar



WE SERVE BRIDES

flowers
Design yourself as bride-to-be the ability to graphically create your wedding dress, 
tell us and we are at your service.



Wedding flowers are something that you cannot miss in any wedding ceremony today. If you are the bride-to-be, you know that getting the right wedding flowers is as important as your wedding dress. For the groom-to-be,  your beloved wife will always cherish you if you take the time and effort to choose the right wedding flowers together.




Jadikan diri anda sebagai bakal pengantin mampu untuk mencipta 
impian pakaian pengantin anda
beritahu kami dan kami siap melayani anda

contact us we are ready to help you